Sunday, October 30, 2011

All The Best to my student's

Peperikssaan PMR sudah selesai........

Peperiksaan Akhir Tahun pun sudah selesai....


Jadi persiapkan diri untuk tahun hadapan.....Good luck.....

Monday, October 10, 2011

BENTUK MUKA BUMI / CUACA DAN IKLIM / TUMBUHAN SEMULA JADI

 Geografi Tingkatan 1 (P&P)

Tingkatan 1 : 
Tema 1 : Bentuk Muka Bumi
Tema 2 : Cuaca & Iklim
Tema 3 : Tumbuhan Semula jadi 


Tema 1 : Bentuk Muka Bumi

      Bentuk muka bumi di Malaysia terbahagi kepada :
*    Tanah Tinggi
*    Tanah Pamah
*    Pinggir Laut
*    Saliran

Tanah Tinggi

Malaysia diliputi oleh beberapa banjaran utama. Antaranya ialah Banjaran Titiwangsa, Banjaran Tahan dan Banjaran Crocker.  Sistem Gunung di Malaysia terdiri daripada sistem gunung lipat tua dan sistem gunung lipat muda.  Sistem gunung di Semenanjung Malaysia merupakan sistem gunung lipat tua yang berasal dari Dataran Tinggi Shan manakala Sistem gunung di Sabah dan Sarawak merupakan sistem gunung lipat muda yang berasal dari Pusaran Pamir, di Banjaran Himalaya.

Gunung yang tertinggi di Malaysia ialah Gunung Kinabalu yang merupakan gunung yang tertinggi di Asia Tenggara dengan ketinggian 4101meter.  Gunung Kinabalu terdapat di Banjaran Crocker. 

Manakala Banjaran Gunung yang terpanjang di Malaysia ialah Banjaran Titiwangsa yang dikenali sebagai Banjaran Besar merupakan tulang belakang semenanjung Malaysia.  Gunung yang tertinggi di Banjaran ini ialah Gunung Korbu.  Terdapat 3 kawasan peranginan utama di kawasan ini iaitu, Tanah Tinggi Cameron, Tanah Tinggi Genting dan Bukit Fraser.

Gunung yang tertinggi di Semenanjung Malaysia ialah Gunung Tahan yang terletak di Banjaran Tahan.  Di sini terdapat Taman Negara yang tertua di dunia yang kaya dengan pelbagai flora dan fauna Hutan Hujan Tropika.
 Banjaran Titiwangsa- Gunung Tertinggi - Gunung Korbu
 Banjaran Crocker, Sabah
 Banjaran Tahan
Gunung Kinabalu - Gunung Tertinggi di Asia Tenggara dan di Malaysia - 4104meter 

PENGARUH BENTUK MUKA BUMI TERHADAP KEGIATAN MANUSIA


1) SG CHAO PHRAYA DI THAILAND


   Sungai Chao Phraya merupakan nadi kepada Thailand.  Sungai Chao Phraya berfungsi sebagai:
* jalan pengangkutan
* hidroelektrik
* sumber domestik
* pengairan sawah padi
* mengangkut kayu balak


    Di sungai Chao Phraya juga terdapat PASAR APUNG  yang menjual pelbagai barangan seperti buah-buahan.  Kawasan ini juga dikenali sebagai VENICE TIMUR kerana terdapat banyak terusan atau dikenali sebagai KLONG.


 Bangkok yang merupakan ibu negeri Thailand terletak di tebing Sg. Chao Phraya





Pasar apung di Sg Chao Phraya, Thailand


Pasar apung di Sg Chao Phraya, Thailand
2) Pergunungan Alps di Switzerland

   Switzerland merupakan sebuah negara yang mempunyai bentuk muka bumi bersalji dan bergunung gangan.  Aktiviti utama penduduk di sini ialah pelancongan.  Terdapat banyak bentuk muka bumi glasier(salji) yang membolehkan pelbagai aktiviti dijalankan seperti meluncur salji.






Bentuk Muka Bumi Glasier

Kelihatan Khemah Tupik (Gambar kiri) dan Pemandangan Menarik Puncak Piramid( Bentuk Muka Bumi Glasier)
3) Tasik Tonle Sap, Kampuchea


     Tasik Tonle Sap merupakan tasik air tawar semulajadi  terbesar di Asia Tenggara. Tasik Tonle Sap terletak di Kampucha merupakan nadi utama bagi penduduk di Kampuchea.  Tasik ini membekalkan kira-kira 50% daripada bekalan ikan di Kampuchea.  Terdapat juga penduduk yang tinggal di atas tasik ini.


 Tasik Tonle Sap Kampuchea
Phnom Penh, ibu negeri Kampuchea terletak di pinggir Tasik Tonle Sap


Tasik Tonle Sap di Kampuchea





 4) Pertanian Berteres di Pulau Jawa
     Pulau Jawa merupakan sebuah pulau yang padat dengan kira-kira 70 juta penduduk.  Di Pulau Jawa pertanian padi dijalankan secara berteres di cerun-cerun bukit.  Faktor utama adalah disebabkan:
*  Tanih lereng bukit yang berasal daripada tanih lava bes yang subur
*  Kurang kawasan tanah pamah kerana khas untuk petempatan penduduk


 Kedudukan Pulau Jawa

Pertanian berteres di Pulau Jawa
Pertanian padi dijalankan di cerun-cerun berteres di Pulau Jawa





Tema 2 : Cuaca & Iklim

Rajah Minda Ekuinoks & Solstis

Multimedia Ekuinoks & Solstis

Jom Lihat 4 Musim
Musim Bunga

Musim Panas

Musim Luruh (autumn)




Musim Sejuk (Winter)


Tema 3 : Tumbuhan Semula jadi

Terdapat 4 jenis hutan di Malaysia iaitu :
Hutan Hujan Tropika
Hutan Paya - Hutan Paya Bakau dan Hutan Paya Air Tawar
Hutan Gunung
Hutan Pantai

Hutan Hujan Tropika berakar banir

Hutan Hujan Tropika berbatang lurus, lantai hutan kurang padat kerana cahaya matahari kurang sampai ke lantai hutan akibat lapisan kanopi pokok

PROFIL HUTAN 

1 ) Profil Hutan Hujan Tropika


Rajah Profil Hutan Hujan Tropika ( Atlas Oxford Fajar Bakti)
Lapisan Emergen 
* Dikenali juga sebagai lapisan renjong
* Ketingian melebihi 40 meter ke atas
* Pokok yang lurus dan malar hijau

Lapisan Kanopi
*Lapisan berbentuk khemah seolah-olah kanopi
* Ketinggian antara 20 hingga 40 meter
* terdapat tumbuhan tumpang di sini iaitu :

                         Epifit - Langsuyar & Tanduk Rusa
                         Parasit - Rafflesia
                         Saprofit - Cendawan
                         Liana - tumbuhan memanjat seperti orkid dan pokok duit duit

Pokok Tanduk Rusa
Pokok Langsuyar menumpang di atas Pokok Hutan Hujan Tropika


Parasit - Rafflesia
  2 ) Profil Hutan Paya Bakau


Rajah Profil Hutan Paya Bakau (daripada Atlas Oxford Fajar Bakti

3 ) Profil Hutan Paya Air Tawar


Rajah Profil Hutan Paya Air Tawar ( Atlas Oxford Fajar Bakti)



Rajah Profil Hutan Paya Air Tawar ( Atlas Oxford Fajar Bakti)

4 ) Profil Hutan Gunung

Rajah Profil Hutan Gunung ( Atlas Oxford Fajar Bakti)
5)  Profil Hutan Pantai
Rajah Profil Hutan Pantai ( Atlas Oxford Fajar Bakti)
 
                                                                                                            SOURCE : http://panitiageografisglong.blogspot.com/p/jom-belajar-geografi-p_19.html







Saturday, October 8, 2011

Selamat Menduduki Peperiksaan PMR 2011

Selamat Menghadapi Peperiksaan PMR 2011. Semoga para pelajar dapat menjawab soalan dalam keadaan tenang dan lebih berkeyakinan....

Thursday, September 29, 2011

Pengaruh Cuaca Dan Iklim Terhadap Kegiatan Manusia

PENGARUH CUACA DAN IKLIM TERHADAP KEGIATAN MANUSIA

pengaruh cuaca dan iklim terhadap cara hidup

Penduduk di kawasan iklim yang berlainan mengamalkan cara hidup yang berbeza. Ini menunjukkan cuaca dan iklim mempengaruhi cara hidup manusia.

kawasan-kawasan yang dimaksudkan ialah:

a) Gurun Thar-zon panas
b) siberia -zon sederhana sejuk
c)Greenland-zon sejuk

*kawasan-kawasan diatas mempunyai cara hidup yang berlainan.

CARA HIDUP DI GURUN THAR


  • dikenali sebagai gurun besar India yang terletak di Barat Laut India.
  • menganjur dari Punjab di utara India ke bahagian Tenggara Pakistan yang dikenali sebagai Cholistan
  • meliputi satu kawasan seluas 44600 km yang terletak di zon panas dunia
  • menerima hujan kurang daripada 250mm
  • mengalami minimum suhu 8 selsius - 28 selsius semasa musim sejuk
  • min suhu mencecah sehingga 45 selsius pada musim panas (mei/jun)
  • hidup berpindah-randah barsama ternakan untuk mencari air minuman
  • tinggal di dalam khemah untuk menyesuaikan diri dengan cara hidup mereka
  • membina kundis /kunds untuk menakung air
CARA HIDUP DI SIBERIA
  • meliputi lebis setenagh daripada keluasan Rusia dan terletak antara garisan lintang 45 u dan 60 u
  • terdiri daripada kawasan tanah pamah dan tanah tinggi
  • terdapat hutan taiga yang luas
  • terletak di dalam kawasan iklim sejuk sederhana kebenuaan/ kawasan iklim jenis Siberia
  • mengalami musim sejuk yang panjang
  • suhu turun sehingga -11 selsius pada musim sejuk
  • musim panas terlalu singkat dengan suhu maksimum 19 selsius
  • hujan tahunan di Siberia adalah 533mm
  • puak evenks menjalankan aktiviti yang berbeza mengikut persekitaran tempat tinggal mereka
  • puak evenks tinggal di bahagian selatan manejalankan aktiviti ekonomi seperti menternak lembu.
  • penduduk di bahagian utara Siberiadan di kawasan pergunungan hutan taiga masih mengamalkan cara hidup nomad (berpindah 2 kali setahun)
  • memburu & menternak rusa kutub
  • tinggal dalam khemahyang dikenali sebagai ' chum' tanpa kemudahan lengkap
CARA HIDUP DI GREENLAND-
  • Greenland merupakan pulau terbesar di dunia
  • meliputi kawasan seluas 840 000 km persegi
  • iklim di greenland ialah iklim Tundra
  • suhu musim sejuknya panjang & sejuk (-12 selsius)
  • Musim panas sangat pendek (5 selsius-bulan julai)
  • min suhu pada bulan mac dan februari ialah -30 darjah celcius
  • penduduk eskim0 atau puak inuit hidup berpindah randah mengikut musim
  • mereka tinggal di kawasan pinggir laut dan dalam igloo pada musim sejuk
  • pada musim panas mereka tinggal di kawasan pedalaman dan dalam tupik(khemah yang dibuat daripada kulit binatang)
  • pekerjaan orang eskimo berubah mengikut musim
  • pada musim sejuk mereka menburu binatang, pada musim panas penduduk eskimo menggunakan kayak atau umiak sebagai pengangkutan di tasik dan sungai
  • kegiatan ekonomi semasa musim panas ialah menangkap ikan
  • cara hidup org eskimo telah berubah & semakin moden. mereka menggunakan senapang dan bot beringen untuk memburu binatang dan menangkap ikan
  • pertenakan juga dijalankan secara komersil
  • orang eskimo juga mempunyai petempatan kekal yang dilengkapi dengan pelbagai kemudahan
  • bahagian selatan pula merupakan kawasan yang paling subur di greenland
  • musim sejuknaya sederhana dan musim panas lebih panjang dengan purata suhu 10 darjah celcius
  • kegiatan pertanian dijalankan secara giat pada musim panas

Tuesday, September 27, 2011

Iklim Tundra dan Iklim Pergunungan

Zon Sejuk (Iklim Tundra) Dan Iklim Pergunungan 

Iklim Tundra

Kawasan ini menganjur dari garis lintang 60° hingga 90° Utara dan Selatan
Contoh kawasan yang mengalami iklim jenis ini ialah Kanada Utara, Russia Utara, Siberia Utara dan Greenland.
Ciri-ciri iklim tundra ialah:-
 
-
Umumnya diliputi salji sepanjang tahun
 
-
musim panasnya pendek (kira-kira 3 bulan) dan musim sejuknya panjang (kira-kira 9 bulan)
 
-
Min suhu musim panasnya ialah 10°C dan musim sejuknya kurang daripada  -29°C
 
-
Hujan yang turun kurang daripada 250 mm setahun dan turun dalam bentuk salji
 
-
Tumbuh-tumbuhan yang hidup di kawasan ini ialah tumbuhan yang tahan sejuk dan cepat tumbuh seperti lumut dan kulampair, rumput serta pokok-pokok kecil.
Kegiatan utama penduduk di kawasan ini ialah memburu binatang, menternak binatang dan menangkap ikan, melombong arang batu, minyak dan emas seperti di Alaska

 

 

Iklim Pergunungan

Iklim ini meliputi  banjaran gunung dan kawasan tanah tinggi di dunia.
Contoh kawasan ialah Banjaran Himalaya, Banjaran Alp, Banjaran Andes dan Pergunungan Rocky.
Ciri-ciri iklim gunung ialah:-
 
-
setiap kenaikan 305 meter, suhu jatuh 1.8°C
 
-
julat suhu harian  adalah tinggi, manakala julat suhu tahunan rendah
 
-
Hujan yang turun ialah hujan bukit di cerun menghadap angin, Salji pula meliputi kemuncak gunung
Tumbuhan semula jadi berlainan mengikut ketinggian.
 
-
hutan hujan tropika dan padang rumput tropika di kaki gunung
 
-
hutan daun luruh dan hutan pokok tirus di atas kaki gunung
 
-
rumput ternak alpain dan tumbuhan tundra di aras yang lebih tinggi
Kegiatan utama di kawasan ini ialah penternakan lembu dan penanaman bijirin di kawasan sederhana serta pembalakan di kawasan hutan pokok tirus.

Thursday, September 22, 2011

Pengaruh Manusia Terhadap Cuaca Dan Iklim

                                                                     Pemanasan global adalah adanya proses peningkatan suhu rata-rata atmosfera, laut, dan daratan Bumi. Suhu rata-rata global pada permukaan Bumi telah meningkat selama seratus tahun terakhir. Sebagian besar peningkatan suhu rata-rata global sejak pertengahan abad ke-20 kemungkinan besar disebabkan oleh meningkatnya konsentrasi gas-gas rumah kaca akibat aktiviti manusia melalui kesan rumah kaca. Peningkatan suhu global akan menyebabkan perubahan-perubahan yang lain seperti peningkatan permukaan air laut, meningkatnya fenomena cuaca yang ekstrim, serta perubahan jumlah dan populasi. Akibat-akibat pemanasan global yang lain adalah kemusnahan hasil pertanian, hilangnya glester, dan pupusnya berbagai jenis hidupan. Aktiviti pemanasan global meningkatkan suhu bumi hingga boleh menjejaskan kesihatan manusia.

Definisi

Pemanasan global ialah keadaan alam sekitar yang mengalami peningkatan suhu yang tinggi berbanding dengan suhu normal. Hal ini menyebabkan kita terasa panas walaupun pada waktu malam. Keadaan ini berlaku disebabkan oleh aktiviti yang dilakukan oleh manusia seperti penebangan hutan, aktiviti perindustrian, pembakaran terbuka, pelepasan asap kenderaan, penerokaan hutan untuk aktiviti pembangunan dan lain-lain.

Ahli-ahli sains dan geografi bersependapat bahawa punca utama pemanasan global ialah penipisan lapisan ozon akibat pelepasan gas khususnya klorofluorokarbon ( CFC ). Sebenarnya, isu peningkatan suhu atau pemanasan terjadi disebabkan pelbagai faktor. Selain daripada penipisan ozon, kejadian kemarau dan jerebu, kejadian pulau haba, hujan asid dan kesan rumah hijau juga memberi galakan kepada isu pemanasan global. Proses-proses yang menyebabkan pemanasan global ialah :-
Jerebu boleh mengurangkan jarak penglihatan
1) Jerebu
Jerebu berlaku disebabkan terdapat banyak debu, asap, habuk dan bahan-bahan pencemar lain yang terapung-apung di udara akibat aktiviti manusia dan secara semulajadi. Fenomena jerebu ini boleh mengurangkan jarak penglihatan. Selain itu, jerebu juga boleh menjejaskan manusia, misalnya kesukaran untuk bernafas.
Penipisan lapisan ozon membawa kebimbangan kepada dunia

2) Penipisan lapisan ozon
Klorofluorokarupakan penyumbang utama kepada penipisan lapisan ozon. Gas CFC terkandung dalam alat-alat seperti penyaman udara, aerosol dan peti sejuk. Semasa CFC dibebaskan di atmosfera, klorin akan bertindak dengan ozon dan membebaskan oksigen. Akibatnya, lapisan ozon semakin nipis. Penipisan lapisan ini akan menyebabkan sinaran ultraungu sampai terus ke permukaan bumi dan boleh memberi kesan negatif kepada manusia seperti kanser kulit dan katarak mata.
Suhu bumi akan meningkat
3) Kesan rumah hijau
Kesan rumah hijau adalah fenomena pemanasan bumi akibat banyak haba terperangkap dalam lapisan atmosfera dan menghalang pembalikan semula bahang dari bumi ke atmosfera. Haba dipantulkan semula ke bumi, atmosfera menyimpan lebih banyak haba dan bumi menjadi semakin panas. Kesan rumah hijau terjadi kerana berlakunya peningkatan pelepasan gas karbon dioksida, nitrogen monoksida dan metana ke atmosfera.
Kawasan bandar menjadi panas berbanding sekitarnya
4) Pulau haba bandar
Pulau haba bandar merupakan fenomena atmosfera yang berkaitan dengan peningkatan suhu yang tinggi di dalam kawasan bandar berbanding kawasan sekitarnya. ia berlaku apabila pelepasan haba di kawasan membangun khususnya di bandar-bandar terlalu banyak dan tersekat oleh bangunan-bangunan tinggi pencakar langit. Haba yang tidak dapat dilepaskan ke atmosfera itu akan membahangi kawasan sekitar. Akibatnya kita boleh mendapat sakit kepala.
Hujan asid merbahaya kepada kesihatan manusia
5) Hujan asid
Di kawasan perindustrian seperti Petaling Jaya, kilang membebaskan asap yang mengandungi gas sulfur dioksida dan nitrogen oksida. Tindak balas gas ini dengan wap air dalam udara membentuk asid nitrik dan asid sulfurik lemah. Apabila hujan, ia dikenali sebagai hujan asid. Hujan asid boleh memusnahkan tumbuh-tumbuhan, merosakkan binaan, mencemarkan air dan mengancam hidupan air. Kesihatan manusia terjejas akibat kesan secara langsung hujan asid.
Kemarau menyebabkan tanah menjadi tandus dan gersang
6) Kemarau
Kegiatan manusia menebang hutan secara berleluasa akan mengurangkan kawasan tumbuh-tumbuhan. Kesannya, semakin kurang kelembapan dilepaskan oleh tumbuh-tumbuhna ke udara. Udara yang kurang lembap tidak akan membawa hujan dan kemarau pun berlaku.
Punca pemanasan global

Pemanasan Global didorong oleh aktiviti manusia yang rakus. Pemanasan yang berterusan ini mencairkan bongkah-bongkah ais di kawasan kutub pada setiap hari dan mengakibatkan peningkatan air laut di seluruh dunia. Adalah tidak mustahil jika beberapa bandar, negara dan pulau di dunia bakal tenggelam selamanya jika air laut terus meningkat. Selain itu, pemanasa global juga menyebabkan fenomena lain seperti kemarau, hujan lebat, taufan, banjir dan ombak besar berlaku di beberapa bahagian bumi.
Menurut Ahli kaji Iklim, menyatakan bahawa pemanasasn global bermula sejak 1800-an lagi. Manusia merupakan penyebab utama pemanasan global melalui aktiviti yang menghasilkan gas rumah hijau. Kesan rumah hijau ini memerlukan proses yang kompleks yang membabitkan cahaya matahari, gas dan partikel di atmosfera. Gas tersebut akan memerangkap haba atmosfera yang dikenali sebagai gas rumah hijau.

Aktiviti utama manusia yang menyebabkan pemanasan global ini berlaku ialah pembakaran bahan api fosil seperti arang batu, minyak dan gas asli. Pembakaran ini kebanyakannya dilakukan oleh kenderaan, kilang dan loji jana kuasa elekrik. Bahan api fosil ini membebaskan karbon dioksida yang merupakan gas rumah hijau yang akan memperlahankan pembebasan haba ke atmosfera. Sebab yang kedua ialah pembersihan hutan dan tanah. Hal ini terjadi kerana tumbuhan akan menggunakan karbon dioksida untuk menghasilkan makanan melalui proses fotosintesis. Aktiviti pembersihan hutan dan kawasan tanah yang berleluasa akan menyumbang kepada peningkatan gas rumah hijau kerana tumbuhan semakin kurang menggunakan karbon dioksida untuk proses fotosintesis. Proses semulajadi iaitu tenaga matahari yang berlebihan juga merupakan penyumbang kepada pemanasan global ini.


Kesan Pemanasan Global

Pemanasan global ini telah memberi kesan secara langsung kepada bumi dan hidupannya antaranya ialah pencemaran hidupan laut, perubahan habitat, kerosakan cuaca,peningkatan paras laut, ancaman kepada kesihatan manusia dan perubahan tuaian makanan. Pemanasan global ini menyebabkan air laut menjadi panas dan meningkatkan tekanan kepada ekosistem laut seperti terumbu karang dan sekaligus mengancam hidupan laut.

Selain daripada itu, perubahan cuaca daripada panas ke sejuk dan sebaliknya akan menyebabkan hidupan di muka bumi ini akan berpindah ke habitat atau ke lokasi yang lain dan akan membuatkan habitat tersebut tidak selesa dengan kehidupan mereka. Keadaan suhu yang terlampau panas akan membawa kemusnahan dan menyebabkan perubahan bentuk taburan hujan berubah sama sekali. Hal ini akan menyebabkan banjir, kemarau yang panjang, taufan dan ribut tropika.

Peningkatan paras laut juga merupakan kesan yang paling berbahaya. Hal ini terjadi kerana suhu yang panas secara berterusan akan memecahkan bongkah-bongkah ais dann membawa kepada peningkatan suhu air laut serta akan menyebabkan kawasan pantai mengalami banjir, hakisan tanah, kehilangan tanah lembap dan kemasukan air masin ke kawasan tadahan air tawar yang boleh mengancam bekalan air bersih.


Apabila suhu dunia semakin meningkat dari hari ke hari, maka ianya turut mengancam kesihatan manusia secara sedikit demi sedikit. Antara penyakit yang dihidapi oleh manusia kesan daripada pemanasan ini ialah katarak mata, kanser kulit dan juga manusia terdedah kepada kematian.


Langkah-langkah mengatasi pemanasan global
Pelbagai cara telah dilakukan untuk mengatasi masalah ini. Para-para saintis dan pengkaji iklim juga sedang berusaha untuk mengatasi masalah ini antaranya ialah menghadkan penggunaan karbon dioksida dan menghalang karbon dioksida daripada memasuki ruang atmosfera. Bahan api fosil yang sering digunakan oleh manusia perlu diganti dengan sumber tenaga yang tidak menghasilkan oksigen dan kita seharusnya menggunakan bahan api fosil dengan lebih cekap supaya alam ini terpelihara.
Selain daripada itu, kita sebagai individu yang cintakan alam sekitar perlulah menanamkan perasaan mencintai alam ini agar kita dapat memelihara alam ini daripada sebarang masalah yang boleh menjejaskan persekitaran dan hidupan yang tinggal di dalamnya. Sebagai seorang yang dikurniakan akal fikiran yang waras, kita seharusnya peka terhadap apa yang berlaku di sekeliling kita bagi menjamin kesejahteraan bersama.

Wednesday, September 21, 2011

TO ALL MY STUDENTS - NOTA LENGKAP PMR

SILA KLIK PADA PAGE NOTA UNTUK MEMBUAT RUJUKAN PANTAS.
KLIK PADA RUJUKAN LENGKAP DALAM PAGE NOTA - DI BAWAH SEKALI....SELAMAT BERJUANG UNTUK PMR



Angin skual - Angin berasal dari Pulau Sumatera juga dikenali sebagai SKUAL ( ribut Sumatera)
                  - berlaku antara  ( April - Mei )    dan  ( Sept - Okt )
                  - bertiup pada kelajuan 80 km sejam dalam masa singkat secara tiba-tiba pada waktu MALAM  
                     sehingga SUBUH

Tuesday, August 23, 2011

NOTA TERBAIK KELAS 2C




 NAMA : NUR SHAHERRA BT JOHAR



                                                 



                                          NAMA : DAYANG NUR SHAHIRAH BT AWANG MASHAR

NAMA : MOHAMMAD AFIQ BIN ABANG ZAINUDIN





NAMA : NUR ALIAH BT ANUAR RIGOS
                                                   


                        NAMA : SHARIFAH MAISARAH LUBNA BT TUANKU JAMALUDIN

                                                        



                                      NAMA : NURUL SOFRINA BT ZAINAL ABIDIN