Saturday, April 2, 2011

KERJA KURSUS GEOGRAFI 2011



TAJUK  : PENCEMARAN AIR DI SUNGAI BIDUT SIBU, SARAWAK

                                                         PENGHARGAAN

    Saya.......................................................ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada puan pengetua iaitu ............................................. ................kerana telah memberi kebenaran untuk menjalankan kajian tempatan geografi tempatan iaitu Pencemaran Air di Sungai Bidut Sibu Sarawak.
    
   Terima kasih juga saya ucapkan kepada guru mata pelajaran geografi  iaitu ........................................... yang telah memberi banyak tunjuk ajar dalam menyiapkan kajian tempatan ini. Melalui bimbingan beliau, kajian yang saya jalankan ini dapat disiapkan dengan sempurna dan menepati kehendak soalan yang diberi.
   
    Selain itu, ucapan terima kasih ini juga ditujukan kepada ibu bapa / penjaga saya iaitu .................................... kerana telah memberi sokongan dan dorongan semasa menjalankan kajian geografi tempatan ini. 

      Tidak lupa juga saya ucapkan kepada rakan-rakan iaitu .................................. kerana turut membantu dan berkongsi maklumat dalam menyiapkan kajian Pencemaran Air di Sungai Bidut Sibu ini. Semoga kajian yang saya jalankan ini mendapat memberi manfaat kepada semua pihak.




                                                             PENDAHULUAN




   Tajuk kajian yang saya jalankan  ialah Pencemaran Air di Sungai Bidut Sibu Sarawak. Sebab saya memilih kawasan Sungai Bidut sebagai kawasan kajian saya kerana kawasan ini berdekatan dengan sekolah saya iaitu  sejauh .......... km. Selain itu, jarak kawasan kajian iaitu Sungai Bidut dari bandar pula ialah .......... km. Tambahan pula, kawasan rumah saya juga berdekatan dengan kawasan yang saya kaji. Justeru, keadaan ini memudahkan saya untuk mendapatkan maklumat melalui pemerhatian di kawasan kajian. Saya dan rakan-rakan telah menjalankan kajian ini bermula dari ....................... hingga .................................


                                          

                                                                 OBJEKTIF KAJIAN


Dalam menjalankan kajian Pencemaran Air di Sungai Bidut Sibu, Sarawak, saya telah mengenalpasti beberapa objektif kajian ini. antaranya ;


  1. Menyatakan konsep pencemaran alam sekitar di kawasan kajian
  2. Mengenalpasti jenis pencemaran alam sekitar di kawasan kajian
  3. Menjelaskan punca pencemaran alam sekitar di kawasan kajian 
  4. Menghuraikan kesan pencemaran alam sekitar di kawasan kajian
  5. Menyenaraikan cadangan kesan pencemaran alam sekitar di kawasan kajian
  6. Memupuk nilai / unsur patriotisme dalam dapatan kajian 



                                                            KAWASAN KAJIAN

Saya menjalankan kajian Pencemaran Air di Sungai Bidut Sibu Sarawak. Kawasan kajian saya terletak di bahagian barat bandar Sibu. Lokasi kajian saya terletak pada bacaan ..................utara dan ...................timur melalui bacaan satelit.
   Jarak lokasi kajian saya dari bandar adalah sejauh 2 km dan mengambil masa 10 minit perjalanan menggunakan bas dari pusat bandar Sibu. Manakala, jarak tempat kajian dari sekolah saya pula sejauh 6 km. Sekiranya menggunakan bas dari sekolah, masa yang diambil untuk sampai ke kawasan kajian selama 15 minit dan tambang bas berjumlah RM1.20 sahaja. Oleh itu, ia memudahkan saya untuk menyiapkan kerja kursus saya ini.







                                                             KAEDAH KAJIAN


       Dalam menjalankan kajian Pencemaran Air di Sungai Bidut Sibu Sarawak, saya telah menggunakan beberapa kaedah kajian antaranya.






Kaedah Pemerhatian
 Saya menggunakan kaedah pemerhatian kerana  ................................................................................... Melalui kaedah ini, saya dan rakan-rakan dapat membuat pemerhatian tentang kawasan kajian. Maklumat yang saya perolehi ini dapat membantu saya membuat analisis tentang  jenis, punca dan kesan pencemaran air di kawasan kajian.




Kaedah Rujukan 
Saya juga menggunakan kaedah rujukan dalam menjalankan kajian geografi tempatan ini. Saya membuat rujukan di perpustakaan dan juga di internet. Melalui kaedah ini, saya mendapat banyak maklumat tentang pencemaran air di sungai Bidut. 



                                                     DAPATAN KAJIAN

8.1 KONSEP PENCEMARAN ALAM SEKITAR



Konsep Pencemaran Alam Sekitar
Menurut Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) mengatakan bahawa pencemaran adalah suatu perbuatan yang mencemarkan (mengotorkan), pengotoran alam , perbuatan mencemarkan kebersihan alam sekeliling dengan sampah sarap.

Pencemaran boleh ditakrifkan sebagai pembuangan benda-benda atau bahan-bahan hasil dari aktiviti manusia ke alam persekitaran menyebabkan terganggunya keselesaan atau kemandirian kehidupan.Takrifan Pencemaran yang lebih bermaklumat adalah menurut Akta Kualiti AlamSekitar 1974 yang menyatakan bahawa pencemaran adalah sebarang perubahan sama ada secara langsung atau tidak langsung kepada sifat-sifat fizik, kimia, biologi atau aras-aras radiasi mana-mana bahagian alam sekeliling dengan melepaskan,mengeluarkan atau meletakkan buangan hingga menjejaskan kegunaan-kegunaan berfaedah, yang menimbulkan sesuatu keadaan berbahaya atau mungkin berbahaya kepada kesihatan, keselamatan atau kebajikan awam atau organisma-organisma lain, tumbuhan dan haiwan.
  

8.2 Jenis Pencemaran Alam Sekitar di Kawasan Kajian


Di kawasan kajian iaitu Sungai Bidut, saya telah mengenalpasti pencemaran yang berlaku di kawasan tersebut ialah pencemaran air. Pencemaran air ini adalah masalah utama di Sungai Bidut kerana terdapat banyak penyumbang pencemaran air tersebut seperti aktiviti perkilangan kayu, limbungan membina dan baik pulih kapal dan petempatan di sepanjang Sungai Bidut. Tambahan pula, sisa perbandaran iaitu bandar Sibu juga disalirkan ke sungai seterusnya mengalir ke Sungai Rajang seterusnya mengalir ke alur sungai Bidut. Justeru, air di kawasan sungai ini akan tercemar.




8.3 Punca Pencemaran Alam Sekitar di Kawasan Kajian

Pencemaran air di Sungai Bidut disebabkan oleh beberapa faktor utama antaranya ialah aktiviti perkilangan, sampah sarap, tumpahan minyak dan pembuangan sisa domestik.



        Di sepanjang Sungai Bidut terdapat pelbagai jenis aktiviti perkilangan dijalankan seperti kilang membuat batu bata, kilang memproses kayu, kilang perabot dan limbungan kapal membina dan baik pulih kapal. Kepelbagaian aktiviti perkilangan di kawasan ini sememangnya memberi banyak manfaat kepada sektor ekonomi kawasan setempat dengan menyediakan banyak peluang pekerjaan. Malangnya, kepesatan aktiviti perkilangan ini menimbulkan masalah yang serius iaitu masalah pencemaran air. Kebanyakan aktivtii perkilangan ini memandang remeh tentang penjagaan sungai ini. Sisa pemprosesan seperti sisa kayu atau habuk kayu dibuang terus ke dalam Sungai Bidut. Keadaan sebegini menyebabkan sungai ini semakin tercemar hari demi hari.

         Begitu juga dengan aktiviti pembinaan dan baik pulih kapal pengangkut dan kapal penumpang. Pembinaan kapal sebegini penting untuk perkembangan bandar Sibu dan kawasan sekitarnya. Hal ini kerana, sungai merupakan nadi kepada perkembangan bandar ini. Pengangkutan sungai masih penting dan salah satu cara perhubungan yang masih digunakan untuk menghubungkan pekan-pekan sekitarnya seperti pekan Kapit, pekan Song,  Daro, Mukah, Pulau Beruit, Tanjung Manis dan Sarikei.
              Sungai Bidut juga tercemar disebabkan oleh pembuangan sampah sarap ke dalam sungai ini. Penduduk yang tinggal di sepanjang sungai ini membuang sampah sarap terus ke dalam sungai. Masalah ini dapat diperhatikan dengan jelas apabila air pasang di mana sampah sarap akan terapung dan turut mencacatkan pemandangan persekitaran. Keadaan sebegini diburukkan lagi dengan kegiatan perkilangan di sepanjang sungai tersebut dengan membuang sampah sarap seperti bekas guni ke dalam sungai.  Bukan itu sahaja, sampah sarap ini juga turut dibuang oleh penumpang-penumpang di terminal bot ekpres terus ke dalam sungai. Tindakan sebegini juga merupakan punca utama Sungai Bidut menjadi kotor dan tercemar.
                  Kejadian tumpahan minyak juga sering berlaku di kawasan kajian. Hal ini disebabkan oleh aktiviti pengangkutan kapal-kapal pengangkut barang dan penumpang. Di kawasan kajian, pengangkutan feri merupakan cara untuk penduduk yang berada di seberang sungai Bidut berhubung ke kawasan bandar. Oleh itu, perkhidmatan feri pengangkut perlu digunakan untuk membawa penumpang menyeberangi sungai untuk ke bandar Sibu. Pencemaran di sungai ini berlaku apabila terdapatnya tumpahan minyak atau pembuangan sisa minyak ke dalam sungai melalui perkhidmatan feri ini. Apabila masalah sebegini berlaku, sudah semestinya akan mencemarkan air sungai dan seterusnya menjejaskan kualiti air yang boleh mengancam hidupan akuatik di sungai Bidut





8.4 Kesan Pencemaran Alam Sekitar Di Kawasan Kajian

Pencemaran  di sungai Bidut mengakibatkan banyak kesan negatif kepada persekitaran sungai tersebut. Antara kesan negatif yang timbul seperti masalah pencemaran air. Pencemaran air berlaku diakibatkan daripada aktiviti pembuangan sampah sarap, pembuangan sisa domestik, tumpahan minyak dan pembuangan/pelepasan sisa domestik ke dalam sungai Bidut. Kegiatan sebegini menyebabkan kualiti sungai merosot dan menjejaskan persekitaran sungai. Bukan itu sahaja, masalah pencemaran air tersebut juga menjejaskan hidupan akuatik di sungai tersebut.
        Pencemaran air di sungai Bidut juaga menimbulkan masalah  penyakit di kalanagan masyarakat sekitar. Antara penyakit yang berlaku akibat daripada air yang tercemar seperti penyakit kulit dan taun. Masalah sedemikian berlaku disebabkan air sungai yang tercemar oleh pembuangan sisa domestik, sisa perkilangan, tumpahan minyak, dan pembuangan sampah sarap terus ke dalam sungai. Masalah penyakit kulit timbul apabila penduduk setempat menggunakan air yang tercemar tersebut. Pemnggunaan air sungai Bidut bukan untuk di minum, tetapi terdapat sebilangan penduduk menggunakan air sungai untuk mencuci halaman rumah atau pun membasuh jeti yang terdapat di sekitar atau di belakang rumah mereka terutama bagi penduduk yang tinggal di pinggir sungai Bidut.  Justeru, masalah penyakit kulit ini sering berlaku dan boleh menjejaskan kualiti hidup penduduk setempat.
         Kesan seterusnya ialah menyebabkan sungai menjadi kotor akibat daripada sampah sarap yang dibuang ke dalam sungai. Masalah ini berlaku apabila penduduk setempat membuang sampah ke dalam sungai walaupun perkhidmatan  tong sampai disediakan. keadaan ini berlaku terutama di petempatan sepanjang sungai Bidut seperti Kampung Hilir, Kampung Dato dan Kampung Nangka. Pembuangan sampah sarap bukan sahaja berlaku disebabkan pembuangan sampah oleh penduduk setempat, malah masalah ini turut disumbang oleh aktiviti perkilangan yang terdapat di sepanjang sungai ini. Antara kilang yang terdapat di sepanjang sungai ini seperti kilang memproses kayu balak, kilang perabot dan limbungan membina dan membaik pulih kapal pengangkut. Justeru, pembuangan sisa kilang dan pembunagan sampah sarah menyebabkan kualiti sungai berubah dan seterusnya tercemar sehingga memberi kesan negatif kepada penduduk sekitar dan hidupan akuatik di kawasan tersebut.
          Selain dari itu, masalah pencemaran bau juga turut berlaku di sungai Bidut. Masalah sedemikian timbul akibat kemerosotan kualiti air sungai yang disebabkan aktiviti penduduk setempat yang membuang sisa domestik dan  sampah sarap ke dalam sungai Bidut. Tambahan pula, tindakan pengusaha kilang yang terdapat di sepanjang sungai ini dengan membuang sisa pemprosesan kilang ke dalam sungai. Justeru, sungai Bidut terus dicemari dengan sisa buangan ini dan seterusnya menimbulkan masalah pencemaran bau . Keadaan sebegini akan memberi kesan negatif kepada penduduk setempat kerana boleh menjejaskan kualiti hidup mereka.






8.5 Cadangan Mengatasi Masalah Pencemaran Alam Sekitar


Masalah pencemaran air di sungai Bidut dapat diatasi dengan beberapa cara bagi mengelakkan masalah ini terus berleluasa. Antaranya dengan menguatkuasakan undang-undang. Kerajaan tempatan perlu meningkatkan lagi penguatkuasaan kualiti air di sungai Bidut. Pihak berkuasa mestilah menjalankan pemeriksaan di kilang-kilang dan petempatan di sekitar sungai Bidut agar mereka yang tidak bertanggungjawab tidak membuang sisa kilang dan sampah ke dalam sungai. Dengan ini, masalah kekotoran dan penurunan kualiti air dapat diatasi. Selain itu, pihak berkuasa juga perlu menambah bilangan ahli penguatkuasa terutama penguatkuasa Lembaga Sungai-Sungai  Sarawak agar pemantauan sungai dapat dilaksanakan dengan lebih efisien dan komprehensif.  Dengan ini, masalah pencemaran air di sungai Bidut dapat dikurangkan dan memberi manfaat kepada penduduk sekitarnya.
          Cadangan seterusnya ialah dengan meningkatkan lagi kekerapan pengutipan sampah di kawasan petempatan dan perkilangan yang terdapat di sepanjang sungai Bidut. Pihak berkuasan tempatan seperti Majlis Perbandaran Sibu juga seharusnya meningkatkan lagi kekerapan pengutipan sampah di kawasan ini  bagi mengelakkan masalah pembunagan sampah sarap ke dalam sungai oleh penduduk setempat dan pengusaha kilang. Tambahan pula, pihak berkuasan tempatan juga perlu menyediakan kemudahan tong sampah yang mencukupi supaya penduduk setempat dapat membuang sampah ke dalam tong sampah yang disediakan bagi mengelakkan masalah pencemaran air berlaku. Justeru, tindakan sewajarnya perlu dilakukan segera bagi mengatasi masalah sedemikian daripada terus merebak dan sekaligus mengancam hidupan hidupan akuatik di sungai tersebut.
           Langlah lain yang perlu dilakukan adalah dengan mengadakan ceramah berkaitan penjagaan alam sekitar. Dengan adanya ceramah sedemikian, maka masyarakat lebih sedar pentingnya alam sekitar bagi memenuhi keperluan hidup dalam keadaan yang bersih dan selamat. Bukan itu sahaja, pihak kerajaan juga perlu mengadakan kempen alam sekitar dengan lebih giat lagi seperti "Cintailah Sungai Kita", kempen kitar semula dan sebagainya. Selain itu, pihak sekolah turut mendidik pelajar-pelajar tentang pentingnya alam sekitar untuk sentiasa kekal bersih dan tidak tercemar. Di sekolah kelab Pencinta Alam Sekitar turut memainkan peranan yang penting bagi memupuk pelajar-pelajar yang cintakan alam sekitar melalui pelbagai aktiviti yang berfaedah. Justeru, dengan adanya langkah-langkah sebegini, maka masalah pencemaran sungai  Bidut akan dapat diatasi dengan berkesan.




BAHAN GRAFIK..
(1) Peta Minda : Punca-punca pencemaran air di sungai Bidut.

(pelajar-pelajar diminta untuk membuat peta minda berkaitan dengan punca-punca pencemaran air di sungai Bidut)
- pelajar mestilah menyenaraikan punca-punca pencemaran air di sungai Bidut sebagai isi penting.

(2) RAJAH ALIRAN
- bahan grafik yang kedua ialah rajah aliran - KESAN-KESAN PENCEMARAN AIR DI SUNGAI BIDUT
-pelajar mestilah melukis aliran kesan pencemaran air tersebut dan menyatakan huraian ringkas di bawah lukisan tersebut.


RUMUSAN
- Untuk bahagian rumusan, para pelajar mestilah membuat kesimpulan secara keseluruhan tentang kajian pencemaran air di Sungai Bidut sibu Sarawak


-   (1) Tulis semula Tajuk Kajian
    (2) Konsep pencemaran
    (3) Jenis pencemaran
    (4) Punca pencemaran
    (5) Kesan pencemaran
    (6) Cadangan mengatasi masalah pencemaran
    (7) Nilai patriotisme


Rumusan perlu dibuat secara keseluruhan aspek di atas.....

SEMOGA BERJAYA KEPADA SEMUA PELAJAR DAN PENGUNJUNG BLOG INI


TERIMA KASIH KEPADA SEMUA PENYOKONG BLOG INI..






7 comments:

  1. bila boleh dapat yang selanjutnya?

    ReplyDelete
  2. cristine,kerja kursus ini akan di update esok..10 april 2011

    ReplyDelete
  3. syafik, sudah di update....tunggu sahaja bahagian kesan pencemaran

    ReplyDelete
  4. cepat larh..nk tgok rujukan

    ReplyDelete
  5. TERIMA KASIH KEPADA SEMUA YANG MENGUNJUNGI BLOG INI, PENAMBAHAN MAKLUMAT DALAM BLOG INI AKAN DIBUAT MENGIKUT PERINGKAT....HARAP BERSABAR DAN SEMOGA MAKLUMAT DALAM BLOG INI DAPAT DIMANFAATKAN SEPENUHNYA

    ReplyDelete