Tuesday, September 27, 2011

Iklim Tundra dan Iklim Pergunungan

Zon Sejuk (Iklim Tundra) Dan Iklim Pergunungan 

Iklim Tundra

Kawasan ini menganjur dari garis lintang 60° hingga 90° Utara dan Selatan
Contoh kawasan yang mengalami iklim jenis ini ialah Kanada Utara, Russia Utara, Siberia Utara dan Greenland.
Ciri-ciri iklim tundra ialah:-
 
-
Umumnya diliputi salji sepanjang tahun
 
-
musim panasnya pendek (kira-kira 3 bulan) dan musim sejuknya panjang (kira-kira 9 bulan)
 
-
Min suhu musim panasnya ialah 10°C dan musim sejuknya kurang daripada  -29°C
 
-
Hujan yang turun kurang daripada 250 mm setahun dan turun dalam bentuk salji
 
-
Tumbuh-tumbuhan yang hidup di kawasan ini ialah tumbuhan yang tahan sejuk dan cepat tumbuh seperti lumut dan kulampair, rumput serta pokok-pokok kecil.
Kegiatan utama penduduk di kawasan ini ialah memburu binatang, menternak binatang dan menangkap ikan, melombong arang batu, minyak dan emas seperti di Alaska

 

 

Iklim Pergunungan

Iklim ini meliputi  banjaran gunung dan kawasan tanah tinggi di dunia.
Contoh kawasan ialah Banjaran Himalaya, Banjaran Alp, Banjaran Andes dan Pergunungan Rocky.
Ciri-ciri iklim gunung ialah:-
 
-
setiap kenaikan 305 meter, suhu jatuh 1.8°C
 
-
julat suhu harian  adalah tinggi, manakala julat suhu tahunan rendah
 
-
Hujan yang turun ialah hujan bukit di cerun menghadap angin, Salji pula meliputi kemuncak gunung
Tumbuhan semula jadi berlainan mengikut ketinggian.
 
-
hutan hujan tropika dan padang rumput tropika di kaki gunung
 
-
hutan daun luruh dan hutan pokok tirus di atas kaki gunung
 
-
rumput ternak alpain dan tumbuhan tundra di aras yang lebih tinggi
Kegiatan utama di kawasan ini ialah penternakan lembu dan penanaman bijirin di kawasan sederhana serta pembalakan di kawasan hutan pokok tirus.

No comments:

Post a Comment