Thursday, September 22, 2011

Pengaruh Manusia Terhadap Cuaca Dan Iklim

                                                                     Pemanasan global adalah adanya proses peningkatan suhu rata-rata atmosfera, laut, dan daratan Bumi. Suhu rata-rata global pada permukaan Bumi telah meningkat selama seratus tahun terakhir. Sebagian besar peningkatan suhu rata-rata global sejak pertengahan abad ke-20 kemungkinan besar disebabkan oleh meningkatnya konsentrasi gas-gas rumah kaca akibat aktiviti manusia melalui kesan rumah kaca. Peningkatan suhu global akan menyebabkan perubahan-perubahan yang lain seperti peningkatan permukaan air laut, meningkatnya fenomena cuaca yang ekstrim, serta perubahan jumlah dan populasi. Akibat-akibat pemanasan global yang lain adalah kemusnahan hasil pertanian, hilangnya glester, dan pupusnya berbagai jenis hidupan. Aktiviti pemanasan global meningkatkan suhu bumi hingga boleh menjejaskan kesihatan manusia.

Definisi

Pemanasan global ialah keadaan alam sekitar yang mengalami peningkatan suhu yang tinggi berbanding dengan suhu normal. Hal ini menyebabkan kita terasa panas walaupun pada waktu malam. Keadaan ini berlaku disebabkan oleh aktiviti yang dilakukan oleh manusia seperti penebangan hutan, aktiviti perindustrian, pembakaran terbuka, pelepasan asap kenderaan, penerokaan hutan untuk aktiviti pembangunan dan lain-lain.

Ahli-ahli sains dan geografi bersependapat bahawa punca utama pemanasan global ialah penipisan lapisan ozon akibat pelepasan gas khususnya klorofluorokarbon ( CFC ). Sebenarnya, isu peningkatan suhu atau pemanasan terjadi disebabkan pelbagai faktor. Selain daripada penipisan ozon, kejadian kemarau dan jerebu, kejadian pulau haba, hujan asid dan kesan rumah hijau juga memberi galakan kepada isu pemanasan global. Proses-proses yang menyebabkan pemanasan global ialah :-
Jerebu boleh mengurangkan jarak penglihatan
1) Jerebu
Jerebu berlaku disebabkan terdapat banyak debu, asap, habuk dan bahan-bahan pencemar lain yang terapung-apung di udara akibat aktiviti manusia dan secara semulajadi. Fenomena jerebu ini boleh mengurangkan jarak penglihatan. Selain itu, jerebu juga boleh menjejaskan manusia, misalnya kesukaran untuk bernafas.
Penipisan lapisan ozon membawa kebimbangan kepada dunia

2) Penipisan lapisan ozon
Klorofluorokarupakan penyumbang utama kepada penipisan lapisan ozon. Gas CFC terkandung dalam alat-alat seperti penyaman udara, aerosol dan peti sejuk. Semasa CFC dibebaskan di atmosfera, klorin akan bertindak dengan ozon dan membebaskan oksigen. Akibatnya, lapisan ozon semakin nipis. Penipisan lapisan ini akan menyebabkan sinaran ultraungu sampai terus ke permukaan bumi dan boleh memberi kesan negatif kepada manusia seperti kanser kulit dan katarak mata.
Suhu bumi akan meningkat
3) Kesan rumah hijau
Kesan rumah hijau adalah fenomena pemanasan bumi akibat banyak haba terperangkap dalam lapisan atmosfera dan menghalang pembalikan semula bahang dari bumi ke atmosfera. Haba dipantulkan semula ke bumi, atmosfera menyimpan lebih banyak haba dan bumi menjadi semakin panas. Kesan rumah hijau terjadi kerana berlakunya peningkatan pelepasan gas karbon dioksida, nitrogen monoksida dan metana ke atmosfera.
Kawasan bandar menjadi panas berbanding sekitarnya
4) Pulau haba bandar
Pulau haba bandar merupakan fenomena atmosfera yang berkaitan dengan peningkatan suhu yang tinggi di dalam kawasan bandar berbanding kawasan sekitarnya. ia berlaku apabila pelepasan haba di kawasan membangun khususnya di bandar-bandar terlalu banyak dan tersekat oleh bangunan-bangunan tinggi pencakar langit. Haba yang tidak dapat dilepaskan ke atmosfera itu akan membahangi kawasan sekitar. Akibatnya kita boleh mendapat sakit kepala.
Hujan asid merbahaya kepada kesihatan manusia
5) Hujan asid
Di kawasan perindustrian seperti Petaling Jaya, kilang membebaskan asap yang mengandungi gas sulfur dioksida dan nitrogen oksida. Tindak balas gas ini dengan wap air dalam udara membentuk asid nitrik dan asid sulfurik lemah. Apabila hujan, ia dikenali sebagai hujan asid. Hujan asid boleh memusnahkan tumbuh-tumbuhan, merosakkan binaan, mencemarkan air dan mengancam hidupan air. Kesihatan manusia terjejas akibat kesan secara langsung hujan asid.
Kemarau menyebabkan tanah menjadi tandus dan gersang
6) Kemarau
Kegiatan manusia menebang hutan secara berleluasa akan mengurangkan kawasan tumbuh-tumbuhan. Kesannya, semakin kurang kelembapan dilepaskan oleh tumbuh-tumbuhna ke udara. Udara yang kurang lembap tidak akan membawa hujan dan kemarau pun berlaku.
Punca pemanasan global

Pemanasan Global didorong oleh aktiviti manusia yang rakus. Pemanasan yang berterusan ini mencairkan bongkah-bongkah ais di kawasan kutub pada setiap hari dan mengakibatkan peningkatan air laut di seluruh dunia. Adalah tidak mustahil jika beberapa bandar, negara dan pulau di dunia bakal tenggelam selamanya jika air laut terus meningkat. Selain itu, pemanasa global juga menyebabkan fenomena lain seperti kemarau, hujan lebat, taufan, banjir dan ombak besar berlaku di beberapa bahagian bumi.
Menurut Ahli kaji Iklim, menyatakan bahawa pemanasasn global bermula sejak 1800-an lagi. Manusia merupakan penyebab utama pemanasan global melalui aktiviti yang menghasilkan gas rumah hijau. Kesan rumah hijau ini memerlukan proses yang kompleks yang membabitkan cahaya matahari, gas dan partikel di atmosfera. Gas tersebut akan memerangkap haba atmosfera yang dikenali sebagai gas rumah hijau.

Aktiviti utama manusia yang menyebabkan pemanasan global ini berlaku ialah pembakaran bahan api fosil seperti arang batu, minyak dan gas asli. Pembakaran ini kebanyakannya dilakukan oleh kenderaan, kilang dan loji jana kuasa elekrik. Bahan api fosil ini membebaskan karbon dioksida yang merupakan gas rumah hijau yang akan memperlahankan pembebasan haba ke atmosfera. Sebab yang kedua ialah pembersihan hutan dan tanah. Hal ini terjadi kerana tumbuhan akan menggunakan karbon dioksida untuk menghasilkan makanan melalui proses fotosintesis. Aktiviti pembersihan hutan dan kawasan tanah yang berleluasa akan menyumbang kepada peningkatan gas rumah hijau kerana tumbuhan semakin kurang menggunakan karbon dioksida untuk proses fotosintesis. Proses semulajadi iaitu tenaga matahari yang berlebihan juga merupakan penyumbang kepada pemanasan global ini.


Kesan Pemanasan Global

Pemanasan global ini telah memberi kesan secara langsung kepada bumi dan hidupannya antaranya ialah pencemaran hidupan laut, perubahan habitat, kerosakan cuaca,peningkatan paras laut, ancaman kepada kesihatan manusia dan perubahan tuaian makanan. Pemanasan global ini menyebabkan air laut menjadi panas dan meningkatkan tekanan kepada ekosistem laut seperti terumbu karang dan sekaligus mengancam hidupan laut.

Selain daripada itu, perubahan cuaca daripada panas ke sejuk dan sebaliknya akan menyebabkan hidupan di muka bumi ini akan berpindah ke habitat atau ke lokasi yang lain dan akan membuatkan habitat tersebut tidak selesa dengan kehidupan mereka. Keadaan suhu yang terlampau panas akan membawa kemusnahan dan menyebabkan perubahan bentuk taburan hujan berubah sama sekali. Hal ini akan menyebabkan banjir, kemarau yang panjang, taufan dan ribut tropika.

Peningkatan paras laut juga merupakan kesan yang paling berbahaya. Hal ini terjadi kerana suhu yang panas secara berterusan akan memecahkan bongkah-bongkah ais dann membawa kepada peningkatan suhu air laut serta akan menyebabkan kawasan pantai mengalami banjir, hakisan tanah, kehilangan tanah lembap dan kemasukan air masin ke kawasan tadahan air tawar yang boleh mengancam bekalan air bersih.


Apabila suhu dunia semakin meningkat dari hari ke hari, maka ianya turut mengancam kesihatan manusia secara sedikit demi sedikit. Antara penyakit yang dihidapi oleh manusia kesan daripada pemanasan ini ialah katarak mata, kanser kulit dan juga manusia terdedah kepada kematian.


Langkah-langkah mengatasi pemanasan global
Pelbagai cara telah dilakukan untuk mengatasi masalah ini. Para-para saintis dan pengkaji iklim juga sedang berusaha untuk mengatasi masalah ini antaranya ialah menghadkan penggunaan karbon dioksida dan menghalang karbon dioksida daripada memasuki ruang atmosfera. Bahan api fosil yang sering digunakan oleh manusia perlu diganti dengan sumber tenaga yang tidak menghasilkan oksigen dan kita seharusnya menggunakan bahan api fosil dengan lebih cekap supaya alam ini terpelihara.
Selain daripada itu, kita sebagai individu yang cintakan alam sekitar perlulah menanamkan perasaan mencintai alam ini agar kita dapat memelihara alam ini daripada sebarang masalah yang boleh menjejaskan persekitaran dan hidupan yang tinggal di dalamnya. Sebagai seorang yang dikurniakan akal fikiran yang waras, kita seharusnya peka terhadap apa yang berlaku di sekeliling kita bagi menjamin kesejahteraan bersama.

3 comments:

  1. trima kasih krana bg suma informasi nie,sebab sy bleh siapkan folio geo sy trima kasih bnyk bnyk.

    ReplyDelete
  2. Terbaikk!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

    ReplyDelete