Wednesday, November 14, 2012

PBS GEOGRAFI TINGKATAN 2

Salam kepada semua guru dan pelajar...untuk pengetahuan semua...pada masa sekarang saya sedang berkursus di SMK Lanang untuk PBS GEOGRAFI tingkatan 2. Sistem PBS tingkatan 2 akan dijalankan pada tahun hadapan dan kesinambungan PBS tingkatan 1 pada tahun 2012...

Diharap, semua guru dan pelajar sentiasa mengunjungi blog saya kerana semua bahan telah dibina dan bimbingan akan diberikan berserta contoh evidens akan di upload...harap bersabar....

12. 11. 2012

12. 11. 12 ......   Best tak nombor ni? Mesti semua pembaca tertanya-tanya kenapa dengan nombor ni? Tarikh ni, bermulanya saya berkursus PBS di SMK Lanang dan yang paling penting ialah tarikh keramat ini adalah hari saya dilahirkan.


Setelah sepanjang masa berkursus, penatnya memang tak terkata.....tapi seronok, banyak ilmu yang dapat ditimba....Tepat jam 5.30 ptg, sampai di rumah... setelah perseiapan diri dilunaskan....bersedia untuk celebrate hari jadi di KEDAI NASI AYAM...ala kadar je...memang tak sempat nak beli kek...lebih sedap menjamu selera di kedai makan sambil berborak-borak dengan rakan seperjuangan......


Huh!!! walaupun simple ...tapi seronok...sebab dah lama dah tak keluar makan ramai-ramai macam ni...



Jalan-jalan cari makan......siapa pernah buat sambutan birthday yang sempoi macam ni?

Kak Isiah dan Nur Atiqah posing sebelum makan....huh!!! senyummu semanis madu....hahaha

Hadiah dari Hadaina dan Kak Isiah..terima kasih!!!

Terima kasih semua kerana sudi hadir ke majlis yang tak seberapa ni...Kenapa la perut macam tak cukup jer ni? Kak, tapau kan nasik goreng Ayam satu......!!!!


Balik rumah, makan untuk 2nd round......baru la best macam ni....



Nasi goreng ayam...2nd meal...


Habis dah !!!!!





Jus Tembikai !!!!




Erm.....kenyang dan senang hati......






Esok, sambung lagi berkursus......

Sunday, November 11, 2012

BELAWAI AKU DATANG !!




Jam 8.30 pagi, handphone rancak berdering sehingga membingitkan telinga...rupanya kawan-kawan yang call ajak pergi memanjakan diri di pantai...dalam hati ....MALASNYAAAAA......nak TIDURRRR...

Tapi, tak baik menolak bila dipelawa....last-last terus mandi dan bersiap untuk ke pantai yang diberi nama BELAWAI BEACH.....dah 5 tahun berada di sibu, inilah kali pertama saya bergelar seorang guru geografi pergi membuat "kajian lapangan" sambil-sambil mereleasekan stress selepas menyiapkan tugasan PBS tingkatan 1 dan sebagai persediaan untuk meningkatkan semangat untuk menghadirkan diri kursus PBS tingkatan 2 (untuk tahun hadapan) di SMK Lanang Sibu...ermmmm jauh tu....


Dalam kereta riuh rendah berborak sambil perut kosong meronta-ronta untuk diisi makanan....huh, tak sempat nak breakfast....suasana bertambah riuh sambil-sambil cikgu Isiah sibuk nak suruh tangkap foto awan sepanjang jambatan untuk menuju ke Belawai....

Amazing !!!!!!!!! untuk sampai ke Belawai, pengunjung perlu menaiki 7 batang jambatan !!!!!!! cuba bayangkan....maybe bagi yang dah biasa...itu memang biasa....bagi yang tak biasa, memang luar biasa...betul tak?


Setibanya di pantai Belawai, terus ke pondok rehat...baru saja nak makan ada pulak makcik ni kutip sewa pondok...cuba teka berapa sewa pondok ni? .......RM 1? RM 2?  Salah, Hey!! RM5 lah....



Bersama rakan dan pelajar sebelum menjamu selera
















Akhirnya kenyang juga....walau pun masa makan hujan turun dengan lebat...langsung tidak mematahkan semangat untuk makan makanan yang dibawa Cikgu Asmaizan dan Cikgu Isiah...pandai dia buat nasi ayam...akhirnya keperluan perut telah ditunaikan setelah menahan lapar sepenjang perjalanan menuju ke sini...



Masa Untuk Berseronok !!


Sudah Semestinya Di Pantai Belawai

Lain kali nak bergambar..suruh la orang yang ambilkan..



Pemandangan pantai Belawai selepas hujan

Batang Nibung yang disusun dengan menarik

 
Sedih bila melihat sampah merata-rata di sepanjang pantai Belawai ni...inilah satu-satunya pantai yang paling dekat dari bandar Sibu...semoga masyarakat lebih sedar tentang tanggungjawab menjaga persekitaran laut dan sekaligus meningkatkan nilai estetika pinggir pantai supaya para pengunjung yang datang ke pantai Belawai dapat menikmati keindahan ciptaan tuhan ini....







Pemandangan sepanjang Pantai Belawai

Cikgu Isiah bersama Nur Atiqah (pelajar)

Cikgu Isiah, bakal berpindah ke Pekan Pahang..sudah tentu hilang lagi seorang rakan yang baik dan sentiasa memberi kerjasama dan tempat rujukan ...Juga merupakan warden asrama dan pernah bertugas bersama pada tahun 2011...banyak betul kenangan sebab daftar di SMK Agama Sibu pun sama...dulu semua ada 7 orang semuanya..last-last saya seorang yang tinggal...maybe 2 tahun lagi akan cuba apply pindah ke Kuching...semoga cikgu / kak Isiah lebih bersemangat di tempat baru...



Rakan seperjuangan sejak 2005 (Tak lama lagi Kak Isiah akan berpindah ke Pahang..Tahniah !!)
Semoga Kak Isiah sentiasa bersemangat untuk mengajar di Sekolah baru nanti....p/s : Tak sabar nak dapat kad jemputan K...h...w...n dari kak Isiah...(huh...kalau dia tahu minta kad jemputan dalam blog ni...habis la...hahaha)



With my student..senyum !! suka la tu ?


Tak boleh tengok cikgu dia senang, seorang lagi nak bergambar....it's no problem! ok come on..


Haidaina....Anak cikgu Asmaizan..bapanya pula bernama Zainal...nama penuh tak ingat la pulak...tengok aksi dia?


Dari segi gaya dan lenggok larian....fuhhh !! memang mengagumkan...ada gaya jadi atlit...bukan main laju larian Hadaina ni...bukan larian saja, tengok la baju yang dia pakai..lengkap tu !! Mesti mahal ni.....




Kak Isiah ni memang suka bergambar, Tengok Nazrah ( my student)  pulak....posing pegang kayu...adui !!!


Good Bye Belawai ..







Cikgu Syamsulbahar, Nazrah dan Nur Atiqah (Belakang), Kak Isiah and Me (Depan) 








Terpaksa beredar dari pantai Belawai, gelombang kedua hujan sudah pastinya lebih lebat dan mengancam keseronokan semasa bersuka ria...Tapi Cikgu Syamsulbahar dan Nazrah senyum sokmo, sebab puas mandi manda  ....Sun block yang dipakai Nazrah tidak berfungsi sebab hari tak panas.. hujan ....redup dan hujan kembali....takpa...Sun block mahal spf130


 p/s : Menumpang kereta Kak Isiah, amalan berkongsi kereta...hahaha...dan malas nak memandu...





Cikgu / Kak Isiah kelihatan lega setelah hajat ke Belawai setelah 5 tahun di bumi Sibu tercapai....P/s : manusia memang suka buat kerja last minit...lebih thrill....betul tak?


Bermula lah, perjalanan balik ke Sibu...opssss!! belum lagi.... singgah ke Masjid Belawai, solat berjemaah dengan Jamak dan Qasar dulu...selepas itu, mesti la singgah ke kedai menjual Udang Salai (smoke shrimp)...kalau bahasa orang Melanau...it was call...KUPAS....bermaksud udang kering salai...bukan peel ya...Peel Fresh tu juice....


Akhirnya, sampai juga hajat ke pantai Belawai...yang penting sekali..eratkan silaturrahim sesama rakan-rakan dengan ikhlas....isnyaAllah ianya akan berkekalan.....

Inilah yang dikatakan, bahagia sesudah derita.... setelah penat siapkan PBS...manjakan diri di Pantai Belawai...


Terima kasih semua......Cheers!!!


in

Satu Malam Yang Tidak Disengajakan.......

Sepanjang hari bekerja keras untuk menyiapkan tugasan yang belum diselesaikan di sekolah...terasa sunyi, letih, lapar dan segala macam perasaan yang bercampur baur tatkala kebanyakan rakan-rakan sudah pun mulai balik ke kampung...namun apa akan daya, PSPTPO belum lagi lengkap sepenuhnya....Kuching sudah pun melambai supaya pulang ke kampung halaman......

Huh !!!!!! terpaksa ku gagah juga walaupun semangat berkobar-kobar untuk balik tidak dapat dibendung....
Letih buat PSPTPO....diselang selikan dengan key in markah PBS tingkatan 1 geografi.....dari pagi sampai ke petang...malangnya, seorang pelajar yang berjaya menembusi sistem tersebut....harapan untuk menyiapkan tugasan ini rupanya semakin rumit dan sukar untuk dijelaskan....hanya guru yang terlibat dengan PBS sahaja yang mengetahuinya....


Balik ke rumah dengan penuh hampa, lapar dan letih....setelah selesai keperluan diri....terus on laptop, hanya PBS yang difikirkan...dah 3 hari tak tidur lena...rata-rata jam 3.00 pagi baru tidur..namu, susah benar nak masuk sistem markah PBS ni... tapi sedikit pun mematahkan semangat untuk terus mencuba...


Dari selepas solat Isyak, sehinggalah larut malam, terasa keheningan larut malam yang pekat, hujan renyai-renyai terasa kesejukan sehingga ke tulang meningkatkan lagi rembesan adrenalin untuk terus berjuang menyiapkan tugasan....dalam hati bukan main lagi meronta-ronta.....ah letih!!!!!


Jam dinding menunjukkan 1.48 pagi...masih terdengar detik-detik jam terkedek-kedek bergerak.... malam ini mesti dilepaskan juga......tak sabar nak lepaskan......lepaskan tanggungjawab yang diamanahkan untuk disiapkan....


Percubaan terakhir...tepat jam 2.05 pagi...berjaya juga pecutan terakhir....SISTEM PBS SANGGGGGAAAAT LAJUUUUUUUUUUUUUUUUU......tidak dapat dibayangkan perasaan pada masa tersebut....

Tepat jam 3.30 pagi..akhirnya siap sepenuhnya band pelajar dimasukkan ke dalam sistem PBS tersebut... dipendekkan cerita.... akhirnya dapat tidur dengan penuh bangga dan confident................


Esoknya pula...........




# pesanan buat guru sekalian ....teruskan usaha untuk key in band pelajar....jangan cepat mengeluh kerana setiap dugaan akan dibalas dengan kepuasan dan keberkatan.... keep it up !!!!

Friday, November 2, 2012

Makluman....

Salam kepada semua pembaca blog ini. Semoga maklumat yang saya sampaikan ini memberi manfaat kepada semua. Mohon maaf dan ampun sekiranya maklumat yang dipaparkan dalam blog ini tidak memuaskan segelintir pembaca. Sesungguhnya saya juga adalah insan biasa dan penuh kelemahan..Wassalam...