Sunday, November 11, 2012

BELAWAI AKU DATANG !!




Jam 8.30 pagi, handphone rancak berdering sehingga membingitkan telinga...rupanya kawan-kawan yang call ajak pergi memanjakan diri di pantai...dalam hati ....MALASNYAAAAA......nak TIDURRRR...

Tapi, tak baik menolak bila dipelawa....last-last terus mandi dan bersiap untuk ke pantai yang diberi nama BELAWAI BEACH.....dah 5 tahun berada di sibu, inilah kali pertama saya bergelar seorang guru geografi pergi membuat "kajian lapangan" sambil-sambil mereleasekan stress selepas menyiapkan tugasan PBS tingkatan 1 dan sebagai persediaan untuk meningkatkan semangat untuk menghadirkan diri kursus PBS tingkatan 2 (untuk tahun hadapan) di SMK Lanang Sibu...ermmmm jauh tu....


Dalam kereta riuh rendah berborak sambil perut kosong meronta-ronta untuk diisi makanan....huh, tak sempat nak breakfast....suasana bertambah riuh sambil-sambil cikgu Isiah sibuk nak suruh tangkap foto awan sepanjang jambatan untuk menuju ke Belawai....

Amazing !!!!!!!!! untuk sampai ke Belawai, pengunjung perlu menaiki 7 batang jambatan !!!!!!! cuba bayangkan....maybe bagi yang dah biasa...itu memang biasa....bagi yang tak biasa, memang luar biasa...betul tak?


Setibanya di pantai Belawai, terus ke pondok rehat...baru saja nak makan ada pulak makcik ni kutip sewa pondok...cuba teka berapa sewa pondok ni? .......RM 1? RM 2?  Salah, Hey!! RM5 lah....



Bersama rakan dan pelajar sebelum menjamu selera
















Akhirnya kenyang juga....walau pun masa makan hujan turun dengan lebat...langsung tidak mematahkan semangat untuk makan makanan yang dibawa Cikgu Asmaizan dan Cikgu Isiah...pandai dia buat nasi ayam...akhirnya keperluan perut telah ditunaikan setelah menahan lapar sepenjang perjalanan menuju ke sini...



Masa Untuk Berseronok !!


Sudah Semestinya Di Pantai Belawai

Lain kali nak bergambar..suruh la orang yang ambilkan..



Pemandangan pantai Belawai selepas hujan

Batang Nibung yang disusun dengan menarik

 
Sedih bila melihat sampah merata-rata di sepanjang pantai Belawai ni...inilah satu-satunya pantai yang paling dekat dari bandar Sibu...semoga masyarakat lebih sedar tentang tanggungjawab menjaga persekitaran laut dan sekaligus meningkatkan nilai estetika pinggir pantai supaya para pengunjung yang datang ke pantai Belawai dapat menikmati keindahan ciptaan tuhan ini....







Pemandangan sepanjang Pantai Belawai

Cikgu Isiah bersama Nur Atiqah (pelajar)

Cikgu Isiah, bakal berpindah ke Pekan Pahang..sudah tentu hilang lagi seorang rakan yang baik dan sentiasa memberi kerjasama dan tempat rujukan ...Juga merupakan warden asrama dan pernah bertugas bersama pada tahun 2011...banyak betul kenangan sebab daftar di SMK Agama Sibu pun sama...dulu semua ada 7 orang semuanya..last-last saya seorang yang tinggal...maybe 2 tahun lagi akan cuba apply pindah ke Kuching...semoga cikgu / kak Isiah lebih bersemangat di tempat baru...



Rakan seperjuangan sejak 2005 (Tak lama lagi Kak Isiah akan berpindah ke Pahang..Tahniah !!)
Semoga Kak Isiah sentiasa bersemangat untuk mengajar di Sekolah baru nanti....p/s : Tak sabar nak dapat kad jemputan K...h...w...n dari kak Isiah...(huh...kalau dia tahu minta kad jemputan dalam blog ni...habis la...hahaha)



With my student..senyum !! suka la tu ?


Tak boleh tengok cikgu dia senang, seorang lagi nak bergambar....it's no problem! ok come on..


Haidaina....Anak cikgu Asmaizan..bapanya pula bernama Zainal...nama penuh tak ingat la pulak...tengok aksi dia?


Dari segi gaya dan lenggok larian....fuhhh !! memang mengagumkan...ada gaya jadi atlit...bukan main laju larian Hadaina ni...bukan larian saja, tengok la baju yang dia pakai..lengkap tu !! Mesti mahal ni.....




Kak Isiah ni memang suka bergambar, Tengok Nazrah ( my student)  pulak....posing pegang kayu...adui !!!


Good Bye Belawai ..







Cikgu Syamsulbahar, Nazrah dan Nur Atiqah (Belakang), Kak Isiah and Me (Depan) 








Terpaksa beredar dari pantai Belawai, gelombang kedua hujan sudah pastinya lebih lebat dan mengancam keseronokan semasa bersuka ria...Tapi Cikgu Syamsulbahar dan Nazrah senyum sokmo, sebab puas mandi manda  ....Sun block yang dipakai Nazrah tidak berfungsi sebab hari tak panas.. hujan ....redup dan hujan kembali....takpa...Sun block mahal spf130


 p/s : Menumpang kereta Kak Isiah, amalan berkongsi kereta...hahaha...dan malas nak memandu...





Cikgu / Kak Isiah kelihatan lega setelah hajat ke Belawai setelah 5 tahun di bumi Sibu tercapai....P/s : manusia memang suka buat kerja last minit...lebih thrill....betul tak?


Bermula lah, perjalanan balik ke Sibu...opssss!! belum lagi.... singgah ke Masjid Belawai, solat berjemaah dengan Jamak dan Qasar dulu...selepas itu, mesti la singgah ke kedai menjual Udang Salai (smoke shrimp)...kalau bahasa orang Melanau...it was call...KUPAS....bermaksud udang kering salai...bukan peel ya...Peel Fresh tu juice....


Akhirnya, sampai juga hajat ke pantai Belawai...yang penting sekali..eratkan silaturrahim sesama rakan-rakan dengan ikhlas....isnyaAllah ianya akan berkekalan.....

Inilah yang dikatakan, bahagia sesudah derita.... setelah penat siapkan PBS...manjakan diri di Pantai Belawai...


Terima kasih semua......Cheers!!!


in

No comments:

Post a Comment