Sunday, September 1, 2013

TRIAL PMR 2

SELAMAT MENJAWAB SOALAN PERCUBAAN PMR 2 KEPADA SEMUA PELAJAR TINGKATAN 3. CIKGU DOAKAN SEMOGA PELAJAR DAPAT MENJAWAB DENGAN TENANG DAN BERSEMANGAT UNTUK MENCAPAI KECEMERLANGAN PMR 2013...


P/S : PAGE NOTA (UPDATED)

Saturday, August 31, 2013

TENAGA

TANGKI SEPTIK (BIOMAS)

GEOTERMA DI ICELAND

TENAGA GEOTERMAL

PROSES PENJANAAN TENAGA GEOTERMAL

TAHI LEMBU DIKERINGKAN UNTUK BAHAN BAKAR (INDIA)







PUTARAN BUMI DAN PEREDARAN BUMI


Thursday, August 29, 2013

BAYU LAUT & BAYU DARAT

Ramai pelajar yang sukar untuk mengingati kejadian bayu laut dan bayu darat. Topik ini merupakan topik dalam bab tingkatan 1. Harap pelajar dapat membuat ulangkaji semula bahagian ini.

Foto @ animasi bawah ini merupakan kejadian bayu darat dan bayu laut.

Sila perhatikan betul-betul.


BAYU LAUT




BAYU DARAT

Wednesday, August 28, 2013

PETA TABURAN PELBAGAI SUMBER

TABURAN SUMBER MINERAL DI MALAYSIA
Ramai pelajar yang mengalami masalah untuk mengingati peta taburan pelbagai sumber di Malaysia. Buat pemerhatian & hafalan serta latihan dengan menggunakan peta kosong berulang kali.

Teknik ini sememangnya berkesan sekiranya pelajar membuat penandaan / plot taburan pelbagai sumber secara berulang kali...

Ermmmm...sebelum itu, pelajar-pelajar tahu tak peta ini di ambil dari mana? Ya, sudah semestinya dalam buku teks....tapi muka surat berapa ya? Oleh itu, para pelajar harus tahu...ada di kalangan pelajar yang kerap membuat latihan @ membaca buku teks boleh mengingati muka surat setiap bab...its really great!!!!

Peta ini anda boleh semak muka surat 74 dalam buku teks tingkatan 3.

BENGKEL MENJAWAB SOALAN DI SMK NANGA DAP

Salam sejahtera, rasanya lama sudah tidak membuat "update" pada blog...

Gegaran dan bahang PMR semakin terasa...dan baru-baru ini, selesai membuat bengkel teknik belajar dan menjawab PMR 2013 di SMK Nanga Dap (Kanowit). Semoga perkongsian ilmu dan tips dan teknik yang diberi dapat membantu pelajar-pelajar untuk mendapat keputusan yang cemerlang...

Keep It Up !!!!

Thursday, May 16, 2013

selamat hari guru

salam  1 malaysia kepada semua guru-guru di malaysia. SELAMAT HARI GURU. Semoga segala usaha yang dicurahkan selammini mendepapat keberkatan .

Wednesday, April 24, 2013

Pembentangan Pelajar

Tahniah kepada kumpulan Firdaus dan rakan-rakannya kerana telah membuat pembentangan yang baik sekali. Isi yang disampaikan jelas, cara penyampaian menyeronokkan...yang paling penting, kaedah penyampaian bersahaja tapi kelihatan profesional..sungguh bersemangat dan bersedia untuk membuat pembentangan...Cikgu harap kumpulan seterusnya mencontohi kumpulan ini...it's cool !!!!!!!  Keep it up !!!

Hasil pembentangan di attach pada page BBM PELAJAR

Thursday, April 4, 2013

PBS lagi......

Soalan PBS akan diupdate dalam masa yang terdekat...harap cikgu bersabar....

Untuk para pelajar, kerja kursus akan disambung minggu hadapan, terdapat sedikit penambahbaikan (setelah berbengkel Rabu - semalam). Harap pelajar bersedia untuk membuat penambahbaikan tersebut...

geography is easy !!!!!





                                 Saksikan video di bawah jika anda berasa bosan dan tension, you will LOL...


Monday, March 18, 2013

PBS FORM 2

Guru-guru dan pelajar yang ingin mendapatkan contoh soalan PBS geografi tingatan 2, sila klik pada page PBS form 2...skala dan jarak & graf updated..

semoga ceria selalu !!!!!! PBS is fun !!!

Sunday, March 17, 2013

PBS FORM 1

Kepada guru-guru yang sedang menanti soalan PBS tingkatan 1, sila klik page PBS form 1, bab graf updated..semoga dipermudahkan urusan....

Wednesday, March 13, 2013

PBS FORM 1 & 2

kepada guru2 yang sentiasa menanti soalan pbs, harap bersabar, saya akan upload pada minggu ini..syukur internet sekolah sudah berfungsi seperti sedia kala..nantikan soalan dari saya..semoga perkongsian ini dapat memberi manfaat kepada semua...

Wednesday, February 20, 2013

RPT GEOGRAFI 2013

Guru yang masih belum menyiapkan RPT geografi 2013, bolehlah klik pada page RPT untuk mendapatkan RPT terkini...good luck!!!

SORRY

Kepada semua guru-guru dan pelajar, harap maaf, pbs tidak dapat diupdate buat sementara waktu kerana gangguan internet...very slow...harap semua guru dan pelajar keep on allert this blog

Tuesday, January 15, 2013

PBS FORM 2

Salam untuk semua, guru-guru yang masih pening kepada untuk mencari / membuat soalan PBS kedudukan tingkatan 2...sila klik pada page PBS FORM 2..selamat menjalankan tugas anda....semoga ceria selalu menghadapi PBS yang menyeronokkan ini...cheerssss!!!!

Thursday, January 10, 2013

PBS FORM 1 (2013)

Kepada guru-guru yang masih tercari-cari soalan PBS bab kedudukan, sila dapatkan / klik pada page PBS FORM 1. soalan bab kedudukan band 1 dan band 2 untuk 2013 telah diupdate..semoga dipermudahkan kerja dan usaha mendidik anak bangsa..

Wednesday, January 9, 2013

PERBEZAAN WAKTU MENGIKUT LONGITUD

Perbezaan waktu adalah disebabkan perbezaan longitud...para pelajar mesti memahami perbezaan longitud menyebabkan perbezaan waktu...semakin ke timur, semakin awal lah waktu..manakala semakin ke barat negara tersebut, jadi semakin lambat lah waktunya...cuba anda bayangkan, kenapa waktu solat subuh di Sarawak lebih awal berbanding Semenanjung walaupun satu negara? Jawapannya ialah perbezaan longitud.....

Sumber : World Clock - My own Samsung Qalaxy Tab 2

New Zealand  ( Wellington ) - 9.45 pagi

Australia  ( Sydney ) - 7.45 pagi

Malaysia  ( Kuala Lumpur ) - 5.45 pagi

Mekah - 12.45 pagi


Lihat perbezaan waktu tersebut...semakin ke timur, waktunya semakin awal....sebaliknya ke barat, waktunya semakin lewat...


semoga pelajar dapat memahami konsep waktu piawai berdasarkan longitud.

Wednesday, January 2, 2013

Good Day!!!

02/01/2013

Hari pertama mengajar sungguh teruja... pembahagian pelajar mengikut kumpulan dan membahagikan mereka dengan tajuk-tajuk berdasarkan buku teks..semuanya berebut nak tajuk senang..tapi, kena cabut undi dulu....pembahagian kumpulan dan tajuk ni bertujuan untuk pelajar bersedia membuat perbentangan ( ni kira pembelajaran berpusatkan pelajar)...pelajar bentang dulu, apabila dah selesai semuanya, barulah saya ,,,ehemmm (cikgu) akan membuat penambahbaikan dan menjelaskan mana-mana kekurangan terhadap pembentangan tersebut...harap, tahun ini dapat mengekalkan 100% lulus..Amin..

Tuesday, January 1, 2013

100%

salam tahun baru!!!!! semoga tahun baru 2013 ini memberi lebih keyakinan dan semangat untuk berjuang demi memperkasakan bidang geografi. Syukur, PMR 2012 memberi seribu makna kerana pencapaian yng amat memberangsangkan. Pencapaian 100% PMR geografi cukup membanggakan setelah bertungkus lumus bagi memastikan visi & misi tercapai....TAHNIAH UNTUK PELAJAR SMK AGAMA SIBU PMR 2012.