Tuesday, January 15, 2013

PBS FORM 2

Salam untuk semua, guru-guru yang masih pening kepada untuk mencari / membuat soalan PBS kedudukan tingkatan 2...sila klik pada page PBS FORM 2..selamat menjalankan tugas anda....semoga ceria selalu menghadapi PBS yang menyeronokkan ini...cheerssss!!!!

Thursday, January 10, 2013

PBS FORM 1 (2013)

Kepada guru-guru yang masih tercari-cari soalan PBS bab kedudukan, sila dapatkan / klik pada page PBS FORM 1. soalan bab kedudukan band 1 dan band 2 untuk 2013 telah diupdate..semoga dipermudahkan kerja dan usaha mendidik anak bangsa..

Wednesday, January 9, 2013

PERBEZAAN WAKTU MENGIKUT LONGITUD

Perbezaan waktu adalah disebabkan perbezaan longitud...para pelajar mesti memahami perbezaan longitud menyebabkan perbezaan waktu...semakin ke timur, semakin awal lah waktu..manakala semakin ke barat negara tersebut, jadi semakin lambat lah waktunya...cuba anda bayangkan, kenapa waktu solat subuh di Sarawak lebih awal berbanding Semenanjung walaupun satu negara? Jawapannya ialah perbezaan longitud.....

Sumber : World Clock - My own Samsung Qalaxy Tab 2

New Zealand  ( Wellington ) - 9.45 pagi

Australia  ( Sydney ) - 7.45 pagi

Malaysia  ( Kuala Lumpur ) - 5.45 pagi

Mekah - 12.45 pagi


Lihat perbezaan waktu tersebut...semakin ke timur, waktunya semakin awal....sebaliknya ke barat, waktunya semakin lewat...


semoga pelajar dapat memahami konsep waktu piawai berdasarkan longitud.

Wednesday, January 2, 2013

Good Day!!!

02/01/2013

Hari pertama mengajar sungguh teruja... pembahagian pelajar mengikut kumpulan dan membahagikan mereka dengan tajuk-tajuk berdasarkan buku teks..semuanya berebut nak tajuk senang..tapi, kena cabut undi dulu....pembahagian kumpulan dan tajuk ni bertujuan untuk pelajar bersedia membuat perbentangan ( ni kira pembelajaran berpusatkan pelajar)...pelajar bentang dulu, apabila dah selesai semuanya, barulah saya ,,,ehemmm (cikgu) akan membuat penambahbaikan dan menjelaskan mana-mana kekurangan terhadap pembentangan tersebut...harap, tahun ini dapat mengekalkan 100% lulus..Amin..

Tuesday, January 1, 2013

100%

salam tahun baru!!!!! semoga tahun baru 2013 ini memberi lebih keyakinan dan semangat untuk berjuang demi memperkasakan bidang geografi. Syukur, PMR 2012 memberi seribu makna kerana pencapaian yng amat memberangsangkan. Pencapaian 100% PMR geografi cukup membanggakan setelah bertungkus lumus bagi memastikan visi & misi tercapai....TAHNIAH UNTUK PELAJAR SMK AGAMA SIBU PMR 2012.